Sunday, January 31, 2010

Akhirnya....Snap pic KBIG last 2010...


Asslamualaikum WBT...

Fuh...Akhirnya selesai juga Kursus Bina Insan Guru utk pelajar2 DPLI ni... Penat....Letih...Semua ada...xpa la...ilmu...n pengalaman... Byk benda sy belajar sepanjang sy jd urusetia kursus ni...terutamanya kemahiran pengendalian program yg sememangnya sangat perlu untuk diaplikasikan bila sudah berposting ke sekolah kelak...

Lepas ni nk kosentret buat tugasan pula...Byk tugasan tertangguh...huhu... K la...sambung nanti...

Wasalam....




Urusetia dan fasi yg tgh sibuk wat kerja....


Kerja2 jugak...tp posing tu mesti..!!! hehe...

Thursday, January 28, 2010

Meeting terakhir KBIG DPLI 2010

Antara gambar2 yg sempat snap masa meeting terakhir KBIG 2010.. Semua sibuk dengan kerja masing2... All de best!

Antara bahan2 program yg perlu di'setel'kan...hehe

Urusetia2 yg tekun buat kerja...


Ha yg ni lak cuba teka..siapa lg...ni la sifu kitaorg... hehe.. sumber inspirasi kpd kami semua.. Thnx yg x terhingga to En. Aziz Yatim atas ilmu2 yg En curahkan kpd kami... U We Love....

Tips menghadiri temuduga..(pengalaman)

Assalamualaikum WBT....

Hari ni sy mahu berkongsi sedikit pengalaman sy dalam menghadiri temuduga... Ermmm.. setakat ni sy sudah menghadiri temuduga sekurang2nya 7 kali... macam2 jenis temuduga... yg formal pn ada.. hatta yg x formal pn ada.. temuduga kerja, jawatan persatuan, biasiswa dan mcm2 lg...

So sy ingin berkongsi beberapa tips yg mungkin anda boleh aplikaskan semasa menghadiri temuduga nanti..apatah lagi kepada sesiapa yg belum pernah menghadiri temuduga.. prasaannya pastilah sangat nervous...huh! can't imagine how it feel... apatah lg klu dapat pula giliran yang last2...adeh... sangat mencabar psiko...hehe...



Gambar sy masa 2nd interview utk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 di Bangunan KWSP, Kota Kinabalu, Sabah. Nervous...nervous...

Orait... 1st, sy mahu kongsi dengan anda bagaimana sy menghadiri temuduga sy yang pertama... Tahun 2006, masa tu masih menuntut di SEMELOR, f6... Kemaruk nk keja...hehe... Untuk interview yg pertama ni, sy berjuang utk jawatan sebagai Pembantu Farmasi Gred U29.. Mesti semua da pnh dgr...SPA8i....

Masa ni mmg xtau apa2 psl temuduga.. belasah saja...haha...segala info pn sy x cari...main pakai hentam ja...ngeh3...hasilnya, sy telah gagal temuduga tersebut.. Hah kat cni sy mmg down... utk pengetahuan anda.. bila anda menghadiri temuduga anda yg pertama dan anda meletakkan high expectation thdp interview tersebut, nescaya...cewah nescaya pula...ok serius...semangat anda akan luntur dan jatuh...hilang keyakinan utk menghadiri temuduga yg seterusnya...dan perkara tu la yg sy alami...hehe...:)

Ok, moving on... Saya pn meneruskan persekolahan sy di f6... namun sy gagahkan jg utk isi borg SPA8i tu... sebenarnya kebetulan ja pn isi...masa dlm makmal bestari sekolah...ada akses internet... member2 len pn isi, so sy pn ikut la isi...tp tanpa sebarang pengharapan...juz utk ikut2 shj...isi pn bkn pilih jawatan pn...main masuk ja...yg penting borang complete...hehe...tp org kata klu sudah rezeki xkn lari ke mana...lps shj habis exam STPM 2006, sy pn dipanggil utk menghadiri temuduga utk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17.. Mula2 tu mmg rasa malas sgt nk pg... tp atas nasihat parents sy yg tercinta, sy pg jgk la...hehe... Anda bygkan prep yg sy buat x sampai 2 hari... dengan resumenya, dgn fotostat itu dan ini skali dgn pengesahan, klu pengesahan blh dapat di satu tempat xpa, ni pengesahan IC mesti sah kat JPN, sijil2 kokum n akademik plak di PPD...Adeh...birokrasi2... Yala. bising2 ni bkn apa, tp nk wat mcm mn kn...hari ini tahu dapat temuduga, lusa da kena pg... itu pn selamat pihak SPA telefon bgtau...klu tnggu surat...adei...alamat melepas la labuuuu... mau xmau tpaksa jgk urus segalanya...

Dipendekkan cerita, tibalah hari kejadian... sy pn bersama dgn dua org rakan karib sy menginap di Hotel Mandarin, di KK, sy masih igt...dad kwn sy yg spent...hehe...thnx uncle...esoknya sy bsiaplah pg bangunan KWSP tu....Sampai d tempat pendaftaran temuduga...Fuh!! lemah semangat terusss.... Sbb apa? korg igt sorg dua ja ka yg pg interview... panjang sungguh barisan..n bermacam2 jenis org..ada yg tinggi, rendah, hitam, putih...nampak semuanya mcm well educated...tu yg jdik lemah tu...pemakaian pn semuanya ala2 pegawai..adeh...lg la lemah... So pengajarannya kpd anda... Klu anda menghadiri temuduga nanti, wat rilek ja...semua sama...masing2 ada kelebihan masing2...bukan semua bgs...masing2 jg ada klemahan masing2... So face the reality n duduk dgn pnuh gaya dan confident...percaya la... org lain pn takut jg...hehe

Sebenarnya pengalaman 1st sy pg temuduga yg sy nk ceta kn?npa tiba2 blh tersasar pg my 2nd interview ar??? hmm...xpa2...kita habiskan dulu ceta 2nd interview tu...akhirnya sampai giliran sy...sy berhadapan dengan 2 org panel penemuduga...mcm2 dorg tanya...tp sy dgn rilek dan sekonpiden yg boleh jwb ja la...hasilnya...Alhamdulillah sy berjaya ditawarkan jawatan PPM tersebut...fuh...tp mmg byk prep sy wat utk temuduga ni...info2 isu semasa, info jawatan n adalah tanya2 pengalaman org yg berkerjaya...x lupa jg info2 dan tips2 hadir temuduga dr kaunselor sekolah sy...thnx cikgu...:)

Ok, pengalaman 1st interview sy plak digambarkan dengan kekecewaan dan putus asa, dan pengajaran jgn over confident...!! Masa interview, gugup bila penemuduga tanya soalan, x yakin ngan jawapan, pemakaian x bersesuaian..rambut x sesuai dan byk lg faktor yg menyebabkan sy x pilih...xpa la...kisah lama...kegagalan membuatkan kita belajar...betul x?hehe.. Orait.. Pengalaman da abis ceta..klu nk tau ceta lebih dtg la umah...kita sembang2 sambil mnum kopi...hehe... BTW, bwh ni antara tips yg sy amalkan bila menghadiri temuduga, jika anda amalkan tips2 ni, insyaAllah sy yakin anda pasti akan berjaya dalam temuduga tersebut...

Tips2 temuduga:

1. Pemakaian bg lelaki - baju cerah, seluar slack gelap dan tali leher yg bercorak..(baju lengan panjang)

2. Pemakaian bg ppuan - sopan, tidak menunjukkan bentuk tubuh badan, pakaian tidak melebihi tiga corak warna.

3. Rambut bg lelaki - SKEMA (rambut bdk sekolah), kemas dan x berwarna.

4. Rambut bg ppuan yg x btdung - Diikat kemas dan x berwarna.

5. Rambut ppuan btdung - tudung match dgn baju yg dipakai (menunjukkan keseragaman).

6. Kasut (lelaki) - kasut pejabat...kilat dan kemas...jgn sesekali pakai kasut jalan masa g interview.

7. kasut (ppuan) - bertutup hadapan dan seeloknya jgnlah pakai high heels...dan yg pling pnting..kemas.

8. Sediakan fail2 dan dokumen2 yg diperlukan dgn lengkap... sediakan checklist..sruh member anda tlg check.

9. Datang 10minit lebih awal ke lokasi temuduga. yg ni selalu org tlepas pandang...

10. bersedia dr segi info2 x kira la dr segi isu2 semasa mahu pun dr segi bidang tugas jawatan yang ditemuduga.

11. Mula2 baca doa dlu.. Ikut kepercayaan masing2 la kn... n then ketuk pintu sebelum masuk bilik temuduga.

12. Gunakan panggilan TUAN kpd panel penemuduga dan INGAT...sentiasa senyum...tp agak2 la...sesedap rasa la senyum tu...

13. Hah! satu lg....jgn membelakangi penemuduga semasa menutup pintu bilik temuduga selepas anda msuk bilik tersebut.

14. Duduk dengan sopan, jgn silang kaki dan minimakan pergerakan bdn...klu excited sgt berhujah pn biarlah tangan shj yg bergerak, tu pn ada had dia.

15. Jgn jd PAKAR dlm temuduga..jika anda tidak tahu, jwb shj anda tidak pasti atau pun x tahu...

16. Elakkan anda plak yg meng'interview' penemuduga...mksdnya jgn blagak pandai dpn penemuduga...igt! mereka melihat personaliti dan penampilan kita, bukannya tahap kecerdasan atau tahap ketinggian ilmu kita...

17. Jwb soalan yg ditanya shj...jgn kelentong sbb dorg tahu bila kita mula kelentong...

18. Jgn sesekali timbulkan isu2 yg sensitif spt isu politik dan lain2...

19. Jika panel penemuduga meminta pendapat, beri pendapat dengan yakin berserta hujah dan contoh yg logik...tp igt! JANGAN MERAPU!!

20. JANGAN SESEKALI CUBA MERASUAH ATAU MEMBODEK PENEMUDUGA!!!!

21. Dan yg last sekali, jika anda diberi peluang utk bertanya soalan, tanyalah soalan yg anda benar2 ingin tanya, jgn buat soalan semata2 krn ingin penemuduga kagum dgn komitmen anda... Keluar dengan penuh yakin, pastikan setiap langkah anda menunjukkan anda adalah seorang yang berketrampilan tinggi.

Ok....Setakat ni hanya ini shj yg mampu sy kongsikan dengan anda..n klu ada apa2 penambahan lg, sy akan update dr semasa ke semasa...fuh!! penat menaip ni...hehe...hrp info ini dpt membantu anda...All de Best!!!! :)

Wasalam...

Gambar Coursemate Semester 1 tahun 2007... Hmm.. Kenangan...


Browse punya browse, terjumpa gambar ni... laaa ada rupanya gambar ni... adeh.. x sangka sy ada simpan gambar ni... hehe... gambar ni masa sem 1 dlu.... skg da sem 6.. fuh.. x sedar msa berlalu...ada lg stahun stgh ja lg stdy kat UPSI ni...teruskan perjuangan kawan2...:)

Meeting KBIG..


Semalam.. Kami meeting untuk Kursus Bina Insan Guru DPLI fasa yang terakhir... Huh!...penat... tp kami gagahkan jua...:) best buat kerja dengan semua member...semuanya sporting...chaiyok!!!

Wednesday, January 27, 2010

Gambar2 program di SMTKS

Nyanyi ramai2....Best!!!!

Semua bersemangat...kami bangga dengan anda...

Peserta2 program yang sporting...

Program di SMTKS


Fuh...!! Akhirnya sempat juga saya masukkan gambar-gambar program masa buat program kat Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor... Banyak lagi sebenarnya yang ingin saya masukkan tapi internet tidak membenarkan...:( So ni la sahaja gambar2 buat masa sekarang....nanti ada masa sy masukkan lagi k...:)

Tuesday, January 19, 2010

Senarai Tugas Guru Kaunseling Sepenuh Masa


Kepada semua rakan-rakan yang bakal menjadi kaunselor sekolah... ni ha tugas yg kita akan buat di sekolah... kepada cikgu2 yg masih kabur dan tidak tahu tentang peranan kaunselor pula, ni rujukan anda... Selamat membaca... :)


  1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.
  2. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soalselidik, temubual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
  3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.
  4. Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.
  5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara optimum.
  6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
  7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.
  8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.
  9. Menjadi ahli jawatakuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS.
  10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
  11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
  12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa , guru ,kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.
  13. Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .
  14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
  15. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
  16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.
  18. Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
  19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.
  20. Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas.
  21. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
  22. Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid kolokium, motivas, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.
  23. Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa penempatan (Kemasukan ) murid di sekolah.
  24. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri.
  25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.

Huh!!... Banyak jg kan tugas GBKSM ni...

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan
berkesan.

• Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang
tinggi dan berakhlak mulia.

• Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam
akademik.

• Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan
melalui program bimbingan dan kaunseling.

• Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

• Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan
murid.

Membaca dengan efektif

5 Tips membaca dengan berkesan dan efektif

1. Elakkan daripada membaca secara berterusan dan tidak berhenti. Berhenti seketika dan ujilah pemahaman anda setakat yang dibaca.
2. Gunakan teknik 1H dan 6W untuk mencari isi-isi penting. Ketika membaca cuba cari isi-isi yang dapat dikaitkan dengan 7 perkara tersebut.

  • How
  • Who
  • Where
  • Why
  • What
  • When
  • Which

3. Garis isi-isi penting. Pembacaan tanpa perbuatan hanya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Oleh itu gerakkan jari anda dengan mengaris atau menyalin isi penting.
4. Gunakan bantuan alat pembelajaran yang lain. Contohnya seperti pen, highlighter untuk membant anda.

5. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum sesi pembelajaran. Makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen lebih banyak ke bahagian perut berbanding otak.


Sumber: http://drinspirasi.com/blog/index.php/category/tips-belajar/

Tips Menjadi Rajin

Saya ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.

1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai..

5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.


Sumber: http://drinspirasi.com/blog/index.php/category/tips-belajar/

10 kunci kejayaan di dunia dan akhirat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam tips motivasi ini saya akan berkongsi dengan Anda 10 kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Kata lain, faktor yang menentukan kejayaan kita. Tips ini sudah lama dalam simpanan saya, kini tibalah masanya untuk dikongsikan bersama Anda.

Kekadang dalam mengejar kecemerlangan, ramai di antara kita terperangkap dalam ‘kepompong’ diri, maksudnya tidak tahu cara untuk melepasi self-limits atau batasan diri yang tak ternampak oleh kita, namun dinampak oleh orang lain seperti kawan rapat kita, ahli keluarga, pensyarah, guru ataupun sahabat kita.

Orang-orang yang mampu melintasi self limits atau batasan diri ini sebenarnya mengetahui kunci-kunci untuk membuka pintu kejayaan dunia dan akhirat.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa

6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah taharah
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Gunakan 10 kunci ini untuk merasang perubahan diri ke arah kecemerlangan!

Renungan cinta

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnya…. .

Rahsia wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Fuh!! Lega...

Assalamualaikum para pembaca....

Leganya...Akhirnya berjaya juga buat program kepimpinan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor... Best peserta sekolah tu.. Semuanya sporting... love u'll.. Fasi2 pn semuanya beri kerjasama yg sangat cemerlang..

Hmmm... Banyak kenangan manis kat situ, kenangan yg pasti tidak akan dapat saya lupakan.. Dari program tu juga. sy dapat satu celik akal, memang membantu sangat tugasan ini, walaupun tidak cukup tdur dan penat yang amat sangat, tp semuanya berbaloi... Berguna untuk aplikasikan di sekolah nanti.. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami En. Aziz Yatim yang sangat2 banyak membantu dalam peyempurnaan tugasan kami.. Thnx Soooo much..!! U're the best lecturer i've ever had...:)

Sekarang kosentret untuk tugasan lain pula.. Banyak cabaran, tapi terpaksa gagahkan.. nak buat macam mana, lumrah manusia... Manusia tu kn unik...:) Ok lah, nanti sambung lagi, nk wat keja sket...

Wasalam....

Monday, January 11, 2010

Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Hmmm....

Minggu ni kena buat program di SMKT Kuala Selangor... Rasa nervous sgt, yela..selama ni kita buat program bknnya dinilai dari segi pemarkahan, kalau adapun program tu x la se'kompleks' yg akan kami buat ni... Mudah-mudahan semuanya berjalan ngan lancar... Amiin...

My 1st entry....

Salam...

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anda yang sedang membaca post ini. Saya ingin menjemput anda untuk berkongsi apa sahaja idea anda yang berkaitan dengan isu-isu permasalahan remaja sekarang dan juga tentang isu-isu berkaitan dengan kaunseling. Tidak lupa juga, jika anda yang sedang membaca post ini adalah seorang yang pakar dalam pengendalian program, saya ingin menjemput anda dan kalau boleh berkongsi modul-modul yang boleh digunakan dalam perlaksanaan program.

InsyaAllah, dari semasa ke semasa, saya akan 'update' blog ini dan saya akan masukkan beberapa informasi yang berguna kepada anda semua. BTW, blog ini masih dalam proses dibangunkan, saya akan memperbaiki lg blog ini dari semasa ke semasa. TQ and have a nice day...:)