Friday, May 01, 2020

Penulisan yang tertangguh 1 dekad lamanya.

Assalamualaikum semua.

Agak lama blog ini tidak dikemaskini. Lebih kurang 10 tahun lamanya. Haha. Kenapa x update blog? Well, sebab sepanjang 10 tahun ini orang sudah kurang berminat dengan pembacaan blog. Zaman sudah berubah. Maklumat semakin mudah dan cepat sampai kepada kita. Lebih2 lagi dengan kemunculan media-media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsapp, telegram dan mcm2 lg. Satu lagi sebabnya ialah kerana saya lupa password blog saya ni. So skg sy sudah berjaya recover balik akaun saya, maka why not sy cuba menulis kembali di dalam blog ini. Kongsi ja la apa2 perkara positif ya x? Oh ya, kali terakhir saya menulis entri blog ini, saya masih bergelar pelajar di UPSI. Sekarang alhamdulillah saya sudah bergelar kaunselor di salah sebuah SMK di negeri Sabah semenjak Mei 2012 lagi. 

Zaman berubah, teknologi juga berubah. Kalau dulu saya update blog kena guna komputer, sekarang guna smartphone sahaja pun boleh. Banyak sebenarnya hendak diceritakan sepanjang tempoh 10 tahun ni. Terutamanya perbandingan cara hidup dan teknologi. Telefon bimbit contohnya, kali terakhir saya menulis dalam blog ini telefon bimbit yang saya gunakan ialah telefon bimbit berjenama nokia model 3100. Haha. Terasa sangat nostalgic bila ingat semula. Sekarang saya tengah menaip entri pertama blog ini selepas 10 tahun menggunakan telefon bimbit berjenama samsung model galaxy a70. Hebat bukan. Bukan teknologi telefon bimbit sahaja tau yang berkembang pesat, TV, komputer, kenderaan dan mcm2 lagi berkembang pesat. Nanti klu saya lapang, sy akan buat satu entri khas utk perkara2 yang bg berlaku sepanjang 10 tahun ini.

Pada 2010, bila ditanya oleh kawan2 ttg pandangan saya tentang tahun 2020, satu perkara yang jelas bermain dalam minda adalah kemajuan negara yang drastik dan holistik. Tiada lagi teknologi yang menggunakan wayar, penggunakan skrin sentuh yang sangat meluas bukan setakat pada peranti perhubungan komunikasi, malah turut diaplikasi kepada peranti-peranti di dapur. Akan tiada lagi orang yang miskin papa kedana dan pelbagai lg idea futuristik. Well, sebahagiannya betul seperti penggunaan skrin sentuh dan penggunaan peranti tanpa wayar. Tapi, sebenarnya dari aspek yang lain, tidak banyak yang berubah sejak 10 tahun yang lepas dengan masa sekarang. In fact, tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar bagi kebanyakan orang. Nanti sy kongsikan ttg cabaran tahun 2020. Klu tulis sini nnt entri jd panjang sgt.

Sy harap sy akan lebih konsisten menulis selepas ini. Stay safe ya guys. Cukup dlu utk entri pembukaan selepas 1 dekad senyap. Anak menangis sdh minta dilayan. Haha. Orait jumpa lagi.

Wasalam.

0 comments: